Sabtu, 14 Jun 2014

ISU 1: MATHEMATICS ANXIETY (KEBIMBANGAN MATEMATIK)

ARTIKEL 1
pautan: sila klik disini

Artikel ini membincangkan tentang sikap serta pengetahuan murid yang berkait rapat dengan kebimbangan matematik. menurut artikel ini, kajian mengatakan kekurangan pengetahuan dalam topik pembelajaran akan menyebabkan murid kurang keyakinan dan ini akan menjurus kepada sikap negatif terhadap matematik.

Pada pendapat saya, guru perlu sedar akan aspek kognitif dan afektif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu sentiasa memberi sokongan kepada murid untuk melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

Hasil dapatan daripada kajian ini menyatakan terdapat perkaitan yang jelas diantara pengetahuan murid, sikap murid dengan gejala kebimbangan matematik. Penggunaan kaedah yang holistik akan dapat melibatkan murid dalam pengajaran matematik seperti apa yang terkandung dalam kajian Turner et al (2002).


ARTIKEL 2
pautan: sila klik disini

Artikel ini membincangkan tentang kebimbangan terhadap matematik. Artikel ini menyatakan bahawa kebimbangan terhadap matematik adalah perkara yang biasa terjadi sama seperti gejala 'stagefright'.  Ianya berpunca daripada sikap kurang keyakinan diri dan takut untuk menghadapi kegagalan. Selain daipada itu, salah satu punca kebimbangan terhadap matematik juga adalah disebabkan oleh kurang pemahaman dalam matematik.

Masalah kebimbangan matematik boleh diatasi jika ada inisiatif untuk meningkatkan kemahiran, memahami konsep matematik dengan lebih jelas serta sentiasa menanamkan sikap positif untuk menambahkan keyakinan diri. Untuk menguasai matematik, pemahaman serta penerimaan dalam Matematik itu adalah aspek terpenting sekali.


ARTIKEL 3
pautan: sila klik disini

Artikel tersebut berkaitan dengan kajian untuk mengenal pasti hubungan antara sikap, kebimbangan dan tabiat pembelajaran matematik dengan pencapaian dalam matematik tambahan. Disamping itu kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti pemboleh ubah yang boleh menjadi peramal terbaik bagi pencapaian dalam mata pelajaran matematik tambahan.

Keputusan kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga pemboleh ubah daripada OPM iaitu sikap, kebimbangan dan tabiat mempunyai hubungan secara positif dan negatif yang signifikan terhadap pencapaian matematik tambahan.

Kajian ini mencadangkan menggunakan lebih banyak pemboleh ubah afektif seperti motivasi, persekitaran pembelajaran dan pendekatan pengajaran guru serta status sosioekonomi pelajar dalam memberi gambaran yang menyeluruh.

Kesimpulannya, dapat dilihat melalui kajian ini bahawa orientasi pembelajaran matematik adalah salah satu faktor yang sangat berperanan dalam menentukan tahap pencapaian matematik tambahan pelajar sama ada cemerlang, memuaskan ataupun gagal.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan