Ahad, 15 Jun 2014

ISU 3: TRENDS IN INTERNATIONAL MATHEMATICS AND SCIENCE STUDY (TIMSS)

ARTIKEL 1
pautan: sila klik disini

Artikel ini berkaitan untuk melaporkan sejauh mana pengetua di Malaysia, Indonesia, Thailand, Hong Kong dan Singapura yang menjadi responden kajian TIMSS 2011 bagi melaksanakan aktiviti kepimpinan yang berkaitan dengan matlamat sekolah, iklim sekolah dan pengajaran guru.

Dapatan adalah berdasarkan kepada analisis statistik deskriptif terhadap data TIMSS 2011 yang melibatkan responden pengetua di lima buah negara yang dinyatakan. Kajian ini mendapati bahawa semua pengetua memberikan paling banyak tumpuan kepada aktiviti kepimpinan ke arah mencapai matlamat sekolah, diikuti dengan aktiviti membangunkan iklim pembelajaran yang kondusif dan aktiviti kepimpinan bagi
menggalakkan perkongsian amalan pengajaran guru.

Secara umum, majoriti pengetua di Indonesia didapati paling kerap melakukan ketiga-tiga jenis aktiviti kepimpinan yang disenaraikan, diikuti oleh pengetua di Thailand, Malaysia, Singapura dan Hong Kong.
Dapatan ini menyokong kebanyakan literatur yang menggalakkan pengetua memberi tumpuan terhadap ketiga-tiga aktiviti kepimpinan tersebut kerana ia dijangka dapat meningkatkan pencapaian akademik murid.

Namun demikian, trend aktiviti kepimpinan yang dilaksanakan tidak selari dengan trend pencapaian akademik bagi subjek sains dan matematik di mana murid di Indonesia menunjukkan pencapaian yang paling rendah berbanding Thailand, Malaysia, Hong Kong dan Singapura.

Kesimpulannya, data kajian TIMSS 2011 menunjukkan bahawa aktiviti kepimpinan yang keterlaluan tanpa panduan dan perancangan tidak memberikan sebarang manfaat malah memberikan kesan yang bertentangan.


ARTIKEL 2
pautan: sila klik disini

Artikel ini membincangkan tentang variasi dalam pencapaian Matematik di Malaysia dan Singapura bagi murid lapan tahun dan perkaitannya dengan perbezaan murid serta tahap sekolah. Hasil dapatan mendapati bahawa tahap sekolah memberi perbezaan kepada pencapaian murid dala mkedua-dua negara. Ini menunjukkan keberkesanan sekolah memberi impak yang besar kepada pencapaian murid seterusnya membuktikan bahawa guru mempunyai peranan yang penting dalam pedidikan.

Selain itu, perbezaan diantara murid yang tinggal di kawasan bandar dan luar bandar juga turut dinyatakan dalam kajian ini. Terdapat perbezaan yang ketara kerana prestasi murid bandar lebih baik daripada murid luar bandar. keputusan TIMSS juga menunjukkan jurang perbezaan yang tinggi.

Namun begitu, faktor pencapaian murid masih lagi sama dan ianya masih perlu ditingkatkan dan diperbaiki agar negara Malaysia boleh berada seiring dengan negara -negara lain.


ARTIKEL 3
pautan: sila klik disini

Artikel ini mengisarkan tentang kesan kepada pendidikan matematik di negara Korea selepas TIMSS dilaksanakan. Korea telah mengalami pelbagai transfomasi dalam matematik dan sudah terbukti dengan kecemerlangan dalam penguasaan matematik apabila berada diantara tangga teratas dalam TIMSS.

Para pendidik di negara Korea percaya bahawa pencapaian murid dalam matematik adalah penting untuk meningkatkan serta membina perkembangan yang maju dalam ekonomi dan mengekalkan penguasaan ekonomi di pasaran global.

Pada pendapat saya, peningkatan serta penambahbaikkan pendidikan yang berkembang pesat di Korea boleh dijadikan sebagai satu pemangkin untuk meningkatkan lagi mutu pencapaian serta penguasaan matematik dalam sistem pendidikan negara kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan