Jumaat, 20 Jun 2014

ISU 6: TEACHING APPROACHES (GAYA PENGAJARAN)

ARTIKEL 1
pautan: sila klik disini

Artikel ini memberi penjelasan tentang keempat-empat konsep yang bermanfaat dalam sesi pengajaran iaitu pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran serta hubungan diantara satu sama lain. Perhubungan semua konsep tersebut sangat penting untuk guru-guru pelatih supaya ilmu pedagogi yang dipelajari dapat diamalkan dalam bilik darjah.

Pada pendapat saya, Ini merupakan strategi pengajaran yang menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mempertingkatkan serta mencapai kesan yang paling optimum. Strategi ini sangat berguna dan berkesan malah ianya hanya menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling rendah.


ARTIKEL 2
pautan: sila klik disini

Artikel ini membincangkan tentang kajian untuk mengenalpasti gaya pengajaran yang diamalkan oleh
guru-guru sains dan matematik di sekolah–sekolah menengah di Daerah Penampang Sabah. Empat buah sekolah yang telah terlibat dalam kajian ini. Gaya pengajaran yang dikaji adalah gaya pengajaran pakar, autoriti formal, model personal dan juga gaya pengajaran delegator.

Hasil kajian menunjukkan kebanyakan guru menggunakan gaya pengajaran model personal manakala gaya pengajaran yang kurang digunakan ialah gaya pengajaran delegator. Berdasarkan kepada kajian ini, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan lagi mutu pengajaran para guru.

Kajian ini diharap dapat memberikan sumbangan kepada pelajar, guru-guru, sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia serta seluruh warga institusi pendidikan.


ARTIKEL 3
pautan: sila klik disini

Artikel ini mengenai suatu kajian untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah konstruktivisme dalam sesi P&P matematik. Hasil pemerhatian semasa kajian dijalankan, pelajar tidak memberi tumpuan dalam sesi P&P, tidak memahami kehendak soalan dan tidak memahami konsep perimeter.

Namun, berdasarkan hasil dapatan kajian menytakan bahawa terdapat peningkatan yang memberangsangkan dalam penggunaan kaedah ini. Terdapat banyak kelebihan dalam pembelajaran secara konstuktivisme yang mana pelajar akan lebih berfikir, lebih ingat, lebih yakin, lebih berkemahiran sosial dan lebih seronok semasa menjalankan aktiviti pembelajaran dalam kelas.

Malah, kaedah ini lebih berkesan daripada kaedah tradisional. Kaedah ini akan dapat membantu sereta memudahkan guru-guru dalam aktiviti pengajaran. Selain itu, pelajar juga semakin berminat terhadap pembelajaran matematik setelah kaedah ini diperkenalkan.

Kesimpulannya, jika aktiviti yang dijalankan dapat menarik minat pelajar maka sudah tentu proses P&P akan berjalan dengan lancar dan berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan