Sabtu, 28 Jun 2014

ISU 11: SCHOOL CULTURE (BUDAYA SEKOLAH)

ARTIKEL 1
pautan: sila kliik disini

Artikel ini memaparkan tentang pelbagai aspek budaya formal di sekolah. Dalam mengkaji budaya tersebut, kita perlu melihat sekolah sebagai satu organisasi sosial yang mempunyai struktur birokrasinya yang tersendiri.

Para pelajar dikumpulkan di dalam kelas mengikut pencapaian akademik dan guru-guru pula telah menerima latihan mengikut pengkhususan. Justeru itu, pembangunan budaya formal sekolah dilihat dari aspek fizikal, sosial dan budaya ilmu.


ARTIKEL 2
pautan: sila klik disini

Artikel ini membincangkan tentang tujuan kajian dijalankan untuk menentukan ciri iklim sekolah yang berkesan. Daripada analisis ini menunjukkan ciri sekolah agama menengah berkesan adalah:-

(1) pelaksanaan amalan hidup Islam dalam setiap aspek pembelajaran dan pekerjaan
(2)pengamalan sikap muraqabah; merasakan Allah sentiasa memerhati setiap tindakan yang dilakukan
(3) pengetua mengamalkan komunikasi terbuka dalam pergaulan dengan guru dan pelajar
(4) komitmen guru terhadap sekolah adalah tinggi,
(5) guru-guru bekerjasama untuk menyelesaikan masalah,
(6) kawasan sekolah bersih, cantik, selamat dan cukup tempat ruang belajar,
(7) sikap pelajar yang positif.

Berdasarkan dapatan kajian, artikel ini membincangkan implikasinya terhadap motivasi pembelajaran di sekolah. Daripada susunan ciri iklim sekolah menengah agama berkesan menunjukkan bahawa peranan seluruh warga sekolah untuk mengamalkan budaya hidup Islam sebagai satu ciri terpenting.

Apa yang dapat dirumuskan daripada artikel ini ialah untuk memastikan kejayaan organisasi semua pihak perlu bekerjasama dan melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh komitmen dan berkualiti.


ARTIKEL 3
pautan: sila klik disini

Artikel ini berkenaan tentang kajian kualitatif untuk melihat kesan budaya sekolah terhadap pengalaman
pembelajaran yang dilalui oleh kaunselor pelatih semasa menjalani praktikum kaunseling di sekolah. Praktikum kaunseling merupakan latihan praktis yang perlu dilalui bagi membolehkan seorang kaunselor pelatih bergraduat dari program latihan yang diikutinya. Pengalaman menjalani praktikum di sekolah membolehkan kaunselor pelatih mengendalikan perkhidmatan kaunseling dengan klien yang sebenar.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa proses pembelajaran yang dilalui oleh kaunselor pelatih berkaitan dengan budaya yang diamalkan oleh sesebuah sekolah. Terdapat dua budaya yang utama dipraktiskan di sekolah, iaitu menerima perkhidmatan kaunseling sebagai salah satu aktiviti yang menyokong perkembangan pelajar dan kedua, tidak menerima sepenuhnya perkhidmatan kaunseling. Ekoran tidak menerima berkenaan berlaku isu ketidaksediaan, kurang menghormati dan kurang kerjasama.

Kaunselor pelatih menghadapi pelbagai cabaran semasa berada di persekitaran sekolah, walaupun begitu mereka juga memperolehi kepuasan, khususnya apabila dapat menyelesaikan tugasan yang telah ditetapkan.
Mereka muncul sebagai individu yang berbeza hasil dari pengalaman berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan