Jumaat, 20 Jun 2014

ISU 7: PROFESSIONAL TEACHING STANDARD (STANDARD PENGAJARAN PROFESIONAL)

ARTIKEL 1
pautan: sila klik disini

Artikel ini membincangkan tentang kajian untuk menentukan pengaruh yang disumbangkan oleh faktor-faktor kelayakan guru, iaitu jenis latihan guru dan pengalaman mengajar terhadap efikasi guru-guru sekolah menengah di Sabah.

Dapatan kajian menunjukkan guru-gurukeluaran program Diploma Pendidikan Malaysia berada pada aras tertinggi dalam efikasi berbanding guru-guru keluaran program lain. Guru-guru yang berpengalaman mengajar melebihi tujuh tahun berbeza secara statistik dalam aspek efikasi berbanding guru-guru dengan pengalaman mengajar kurang daripada tujuh tahun.

Hasil kajian ini mencadangkan guru-guru siswazah terlatih perlu diberi peluang mengajar dalam persekitaran yang positif bagi membolehkan mereka membina efikasi guru yang positif.

Kesimpulannya, selain faktor yang berkaitan dengan guru, kajian akan datang perlu mempertimbangkan faktor-faktor sekolah untuk memastikan nilai efeksi dapat dimanfaatkan lebih jauh dalam memartabatkan profesion guru di Malaysia.


ARTIKEL 2
pautan: sila klik disini

Artikel ini berkaitan tentang kajian yang bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru matematik sekolah
rendah tentang pengetahuan standard pengajaran matematik dan komponen yang menyumbang kepada Standard Pengajaran Matematik.

Metodologi kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik dengan skala likert lima point bagi mengukur tahap persepsi terhadap lima komponen pengetahuan standard pengajaran matematik iaitu pengetahuan atribut ikhtisas, pengetahuan amalan ikhtisas, pengetahuan ikhtisas, pengetahuan proses pengajaran dan pembelajaran ikhtisas dan pengetahuan pentaksiran berdasarkan standard-standard yang diamalkan di dalam dan luar negara.

Dapatan kajian mendapati persepsi guru matematik sangat tinggi tentang lima komponen pengetahuan SPM-SR iaitu pengetahuan atribut ikhtisas (ATI), pengetahuan amalan ikhtisas (AI), pengetahuan ikhtisas (PI), pengetahuan proses pengajaran dan pembelajaran ikhtisas (PPPI) dan pengetahuan pentaksiran (PP).

Komponen pengetahuan amalan ikhtisas (AI) dan pengetahuan proses pengajaran dan pembelajaran ikhtisas (PPPI) merupakan komponen utama yang menyumbang secara langsung terhadap pengetahuan Standard Pengajaran Matematik Sekolah Rendah (SPM-SR).

Kesimpulannya, kajian ini dapat menyumbang ke arah pembinaan data asas tentang standard pengajaran matematik di negara ini. Data asas ini boleh diguna pakai oleh masyarakat pendidik bagi menilai semula pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bilik darjah.


ARTIKEL 3
pautan: sila klik disini

Artikel ini berkaitan tentang kajian yang bertujuan untuk mendedahkan masalah guru dalam melaksanakan pengajaran mata pelajaran KBSM. Aspek kajian termasuk memahami huraian sukatan pelajaran, memilih isi kandungan, kaedah pengajaran, menentukan aktiviti pembelajaran, penyediaan bahan bantu mengajar, penggunaan buku teks, merancang rancangan pelajaran, penilaian dan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran.

Hasil kajian menunjukkan bahawa penyediaan bahan bantu mengajar, menentukan aktiviti pembelajaran pelajar dan merancang kaedah pengajaran merupakan masalah-masalah utama yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pengajaran mata pelajaran KBSM. Manakala hasil ujian Khi Kuasadua pula menunjukkan tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara masalah pengajaran guru dalam melaksanakan mata pelajaran KBSM dengan pengalaman mengajar guru, kelayakan ikhtisas dan kekerapan menghadiri KDP.

Kesimpulannya, hasil dapatan menyokong dapatan kajian Hussien (1991) yang melaporkan bahawa faktor kekerapan seorang guru berkursus tidak ada hubungan kolerasi dengan peningkatan pengetahuan dalam melaksanakan pengajaran. Namun demikian, kajian lanjut yang memungkinkan aspek-aspek yang pengajaran KBSM dilihat secara khusus perlu dijalankan supaya masalah pengajaran guru dapat difahami dengan lebih mendalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan