Ahad, 29 Jun 2014

ISU 12: USING TECHNOLOGY, PARTICULARY ICT FOR TEACHING AND LEARNING (ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN)

ARTIKEL 1
pautan: sila klik disini

Artikel ini berkaitan tentang kajian yang dijalankan untuk meninjau tahap perlaksanaan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di kalangan guru Matematik. Tiga aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian ini iaitu tahap pengintegrasian ICT di kalangan guru Matematik, kesesuaian kursus ICT yang ditawarkan oleh pihak sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah kepada guru Matematik dan faktor-faktor yang menjadi penghalang kepada pengintegrasian komputer di kalangan guru Matematik.

Dapatan kajian mendapati tahap pengintegrasian ICT di kalangan guru Matematik dalam pengajaran dan pembelajaran berada di tahap yang rendah. Walau bagaimanapun, keengganan guru-guru Matematik untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik bukanlah disebabkan faktor dalaman yang ada pada diri mereka tetapi ia berpunca daripada faktor-faktor luaran seperti kemudahan ICT yang tidak sempurna dan kekurangan latihan ICT sejak peringkat pengajian hinggalah ke peringkat perkhidmatan.

Beberapa cadangan telah diusulkan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia dan guru Matematik bagi memantapkan lagi perlaksanaan pengintegrasian ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Untuk mencapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi. Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara menyeluruh perlu dilakukan sehingga kita mampu mereka dan menghasilkan sesuatu mengikut acuan pemikiran kita sendiri, tanpa bersandar dan berharap kepada orang lain.


ARTIKEL 2
pautan: sila klik disini

Artikel ini adalah tentang kajian yang dijalankan untuk meninjau penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dikalangan guru pelatih UTM. Tiga aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian tersebut iaitu:

1) kelebihan menggunakan ICT dalam P&P Matematik
2) kelemahan penggunaan ICT dalam P&P Matematik
3) masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih UTM dalam menggunakan ICT dalam P&P Matematik.

Dapatan kajian mendapati guru-guru pelatih kurang menggunakan ICT dalam P&P Matematik. Ini disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti kemudahan ICT yang tidak lengkap dan ketidaksuaian isi pengajaran yang telah disediakan.

Beberapa cadangan telah dikemukan kepada pihak yang terlibat iaitu tenaga mahir, guru pelatih dan pihak sekolah bagi memantapkan lagi penggunaan ICT dalam P&P Matematik.


ARTIKEL 3
pautan: sila klik disini

Artikel ini mengisarkan tentang aplikasi ‘e-learning’ dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah Malaysia. Empat faktor utama yang perlu dipertimbangkan sewaktu memilih dan menilai bahan ‘e-learning’ juga disentuh.

Cabaran dalam pelaksanaan ‘e-learning’ dan strategi pelaksanaannya di dalam bilik darjah turut juga dibincang. Kajian ini mencadangkan beberapa sumber bahan ‘e-learning’ yang dapat digunakan di semua sekolah di Malaysia.

Walau bagaimana pun, 'e-learning' yang dicadangkan hanya sebagai tambahan kepada semua sumber yang sedia ada di sekolah. Tugas guru masih memainkan peranan yang penting dalam sesi pengajaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan