Sabtu, 14 Jun 2014

ISU 2: DISPARITIES IN ACHIEVEMENT (JURANG PENCAPAIAN)

ARTIKEL 1
pautan: sila klik disini

Artikel ini berkaitan tentang kajian yang dijalankan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di kawasan luar bandar supaya pencapaian pendidikan di setiap kawasan adalah sama rata atau hampir sama tanpa adanya perbezaan yang begitu ketara. Kajian ini mendapati bahawa pendidikan luar bandar berada pada tahap rendah kerana beberapa faktor iaitu:
1. tiada kesedaran ibu bapa
2. kemiskinan keluarga
3. sikap pelajar
4. kekurangan bahan bantu mengajar 
5. kemudahan infrastruktur
6. jurang pendapatan penduduk yang ketara

Dalam hal ini, pihak kerajaan telah membuat beberapa inisiatif untuk mewujudkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) bagi mengatasi permasalahan ini agar generasi yang dididik mampu mengangkat negara ke mercu kejayaan selaras dengan matlamat Wawasan 2020. Antaranya, memperbaiki sistem pendidikan di sekolah luar bandar, mengubah persepsi ibu bapa terhadap sistem persekolahan yang diperkenalkan, mempertingkatkan bahan bantu mengajar berbentuk teknologi, mewujudkan iklim persekolahan yang selesa, dan memperkenalkan kaedah bagi merapatkan jurang pendapatan penduduk luar bandar yang seterusnya menghapuskan kemiskinan tegar penduduk luar bandar.

Kesimpulannya, jelas membuktikan bahawa langkah-langkah telah diambil oleh pihak berwajib bagi memperkasakan pendidikan luar bandar. Kesedaran perlu wujud di kalangan para pelajar luar bandar agar tidak berlaku keciciran dalam pendidikan. Modal Insan dan RMK9 mempunyai perkaitan yang sangat rapat ke arah pencapaian Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020.


ARTIKEL 2
pautan: sila klik disini

Artikel ini mengisarkan tentang pembahagian serta definisi ruang antara bandar dan desa yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan bagi meletakkan kategori sekolah dilihat tidak seiring dengan proses perkembangan bandar yang berlaku di negara ini.

Jurang perbezaan yang semakin rapat diantara desa-bandar perlu dilihat dalam konteks perubahan pendudukan yang mendiami kawasan perbandaran di negara kita. Namun, kategori yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan masih lagi takrifan atau definisi lama perbandaran di Malaysia.

Kesenjangan ini wajar diteliti semula memandangkan implikasi yang terhasil daripada perbezaan kategori dan definisi yang digunakan diantar jabatan-jabatan dan agensi kerajaan yang berbeza berbanding situasi sebenar akan mengundang pelbagai tafsiran daripada pembuat keputusan pada masa hadapan yang melibatkan peruntukan pembangunan prasarana, penempatan guru, pembhagian komputer dan sebagainya. Ini akan mempengaruhi perbezaan pencapaian yang ketara diatara sekolah bandar dan luar bandar.


ARTIKEL 3
pautan: sila klik disini

Artikel ini membicarakan tentang punca permasalahan dalam jurang pencapaian pendidikan. Pelbagai langkah tindakan yang perlu dikombinasikan untuk mengatasi masalah ini dengan lebih berkesan. Aspek yang paling utama adalah dengan memupuk sikap positif dan optimis dalam diri setiap golongan yamg terlibat dalam mendidik golongan muda ini agar mereka dapat dilentur dengan baik serta pecaya pada potensi diri.

Dalam pelaksanaan peringkat pendidikan, terdapat beberapa strategi yang boleh diambil perhatian oleh golongan pendidik dan pihak pentadbir. Antaranya ialah:-
1. kurikulum yang ditawarkan mesti sesuai dan mencabar murid
2. memberi bantuan kepada pelajar yang lemah
3. penempatan guru-guru terbaik di sekolah yang memerlukan bantuan

Kesimpulannya, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam mengatasi permasalahan yang mewujudkan jurang perbezaan dalam pencapaian pendidikan. Mungkin langkah yang paling asas boleh dibuat dengan menggubal kesemua strategi yang sedia ada demi meningkatkan pencapaian dalam pendidikan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan