Rabu, 18 Jun 2014

ISU 4: ACCESS AND EQUITY (AKSES DAN EKUITI)

ARTIKEL 1
pautan: sila klik disini

Artikel ini mengenai kepimpinan guru dalam mempengaruhi iklim bilik darjah. Kebanyakkan guru tidak mempunyai persepsi yang tepat mengenai kepimpinan bilik darjah. Berdasarkan artikel ini, guru beranggapan pihak pentadbir bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan dengan kepimpinan. Padahal, kepimpinan sebenar adalah tugas guru itu sendiri yang bertindak sebagai pemimpin semasa proses pengajaran.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa suasana sekolah banyak memberi impak ke atas kepimpinan sekolah dan bilik-bilik darjah. Guru perlu bertindak merefleksikan diri melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif
dan penyelesaian masalah dalam menuju kearah kepimpinan bilik darjah yang berkesan.
               
Pada pendapat saya, kepimpinan bilik darjah yang diamalkan oleh guru bukan sahaja boleh menentukan pencapaian matlamat bilik darjah malah memberi kesan keatas semua individu yang ada dalam bilik darjah tersebut.


ARTIKEL 2
pautan: sila klik disini

Artikel ini membincangkan tentang akses dan ekuiti dalam bidang pendidikan yang semakin meluas dan tidak hanya mencakupi aspek sekolah-sekolah di wilayah khas serta peratus kemiskinan yang tinggi semata-mata. Isu ini melibatkan empat aspek utama iaitu akses, pencapaian, identiti dan kuasa.

Keempat-empat elemen ini menjadi faktor penentuan kepada kemajuan dan peningkatan dalam sistem pendidikan yang saksama kepada guru dan juga murid. Ini akan dapat membantu meningkatkan lagi potensi secara menyeluruh dalam profesion guru untuk memberikan pendidkan yang terbaik kepada anak didik.


ARTIKEL 3
Pautan: sila klik disini

Artikel ini berkenaan tentang harapan, aspirasi dan halatuju pendidikan di Malaysia. KPM telah merangka dan melaksanakan satu rancangan strategik dalam usaha untuk memantapkan serta meningkatkan lagi kualiti sistem pendidikan kebangsaan di peringkat sekolah.

Terdapat enam teras strategik yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu:-
1. membina negara bangsa
2. membangunkan modal insan
3. memperkasakan sekolah kebangsaan
4. merapatkan jurang pendidikan
5. memartabatkan profesion perguruan
6. melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

Pembangunan sumber tenaga manusia merupakan teras kepada kejayaan sesebuah negara. Dengan tenaga manusia yang terdidik dan terlatih negara akan lebih mudah menghadapi cabaran yang datang. Sektor pendidikan dan latihan adalah penting bagi memastikan sumber tenaga manusia negara Malaysia dilengkapi dengan pelbagai ilmu dan kemahiran. Justeru, Malaysia merancang pelan pembangunan pendidikan secara
menyeluruh dan bersepadu bagi memastikan kecemerlangan dan kualiti pendidikan bertaraf dunia agar matlamat Wawasan 2020 Malaysia tercapai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan