Jumaat, 20 Jun 2014

ISU 8: ASSESSMENT (PENTAKSIRAN)

ARTIKEL 1
pautan: sila klik disini

Artikel ini membincangkan tentang kaedah pentaksiran pembelajaran dalam pendidikan.Tujuannya adalah untuk meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar dengan lebih baik. Pentaksiran adalah penting kepada pelajar sebagai maklum balas dari hasilan pentaksiran untuk memahami dan memberi tumpuan bagi meningkatkan aspek berkaitan pembelajaran mereka. 

Oleh kerana pentaksiran kepada pembelajaran merupakan suatu yang sukar untuk dicapai dan menjejaskan pelajar/murid secara serius, pendidik/guru bertanggungjawab dalam menyediakan laporan pembelajaran dengan tepat dan adil, berdasarkan maklumat dan bukti yang diperolehi dari pelbagai konteks dan aplikasi.

Pentaksiran dapat dijadikan refleksi kepada guru tentang keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya mengatasi kelemahan diri dalam cara penyampaian pengajaran. Malah, dengan bantuan guru, pelajar boleh mengharapkan tugasan pentaksiran dalam pembelajaran sebagai pentas untuk mempamerkan kompentensi atau kebolehan dan juga halatuju persembahan dalam pembelajaran.


ARTIKEL 2
pautan: sila klik disini

Artikel ini menerangkan tentang penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya merupakan satu kaedah untuk mengesan pencapaian objektif pembelajaran. Secara umumnya, terdapatdua jenis penilaian berasaskan masa dan tujuan pelaksanaannya iaitu penilaian formatif dan sumatif.

Penilaian formatif ditakrifkan sebagai penilaian secaraberterusan dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)berlangsung untuk menilai keberkesanan proses P&P. Manakala penilaian sumatif adalah penilaian di akhir sesuatu tempoh proses P&P untuk menilai pencapaian pelajar. Kebanyakan IPTA masa kini hanya melakukan penilaian sumatif iaitu untuk mengukur pencapaian pelajar semata-mata tanpa sebarang tujuan untuk memperbaiki proses P&P.

Hasil dari pelaksanaan dianalisa dan pencapaian pelajar dibandingkan antara sebelum penilaian dibuat dalam peperiksaan pertengahan dan setelah penilaian diadakan melalui pencapaian peperiksaan akhir. Maklumat-maklumat yang diperolehi dari penilaian formatif ini digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang
telah dikenal pasti melalui penerapan kaedah melengkapkan gegelung. Dengan itu, penambahbaikan telah dilakukan bagi meningkatkan proses P&P.

Penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan secara berterusan melalui penilaian formatif. Ianya adalah satu kaedah sokongan dan langkah intervensi kepada pensyarah dan pelajar untuk mengatasi kelemahan yang ada. Kaedah ini memberi peluang interaksi antara pensyarah dengan pelajar
dan seterusnya dapat memberikan motivasi kecemerlangan.

Maklum balas yang diterima merupakan komponen penting yang dapat digunakan ke arah usaha penambahbaikan kepada proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan mutu penyampaian pensyarah dan pemahaman pelajar. Walaubagaimanapun, ia perlulah dibuat dengan komitmen daripada kedua-dua pihak agar proses melengkapkan gelung dapat dilakukan.


ARTIKEL 3
pautan: sila klik disini

Artikel ilmiah ini berkenaan tentang kajian yang bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah penilaian interaktif melalui internet ke atas murid-murid Tahun Enam dalam pembelajaran bahasa Melayu
khususnya dalam bidang tatabahasa iaitu berkenaan penggunaan Kata Hubung dalam ayat bahasa Melayu, dibandingkan dengan kaedah konvensional. Penilaian pertama melalui kaedah konvensional dan keduanya melalui kaedah interaktif melalui internet.

Dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara penilaian secara konvensional dibandingkan dengan penilaian melalui internet. Dapatan penilaian melalui internet juga dilihat tidak menjejaskan pencapaian responden berbanding pencapaian secara konvensional. Manakala dapatan melalui temu bual pula tidak menafikan tentang kepentingan dan kelebihan aplikasi internet khusus dalam aspek penilaian sekiranya diurus dengan baik. Kajian ini juga menunjukkan keberkesanan kaedah penilaian interaktif melalui internet dapat meningkatkan minat murid sebagai suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Kesimpulannya, dengan kemajuan ICT juga memperlihatkan internet tidak boleh diabaikan dimana proses pengajaran dan pembelajaran perlu bergerak selari dengan arus perkembangan ICT dalam menjana kemajuan pencapaian pelajaran dengan berani berubah atau mempelbagaikan kaedah penilaian dan tidak terikat kepada penilaian konvensional semata-mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan