Isnin, 23 Jun 2014

ISU 10: TEACHER CERTIFICATION (PENSIJILAN GURU)

ARTIKEL 1
pautan:sila klik disini

Artikel ini berkaitan tentang kajian untuk meneroka cabaran yang dihadapi oleh GST di sekolah. Dalam
menghadapi cabaran di sekolah GST memperlihatkan reaksi iaitu sama ada GST bersedia atau sebaliknya menghadapi cabaran di sekolah.

Pelbagai cabaran dihadapi oleh GST sebaik sahaja mereka ditempatkan di sekolah. Antara cabaran tersebut ialah menyesuaikan diri dengan komuniti sekolah, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah.

Dapatan kajian ini telah memperlihatkan cabaran yang harus dihadapi oleh GST apabila ditempatkan di sekolah. Sejauhmana pihak sekolah memberi sokongan harus diterokai dalam kajian selanjutnya. Jika GST mendapat sokongan daripada pihak sekolah mungkin akan mengurangkan ‘tekanan’ atau mungkin memberi
‘semangat’ kepada GST.

Sokongan daripada pihak sekolah juga mungkin merupakan bimbingan kepada GST untuk mencapai ‘perkembangan profesional’. Kalau GST tidak sedar, tidak peka dan tidak tahu tanggugjawab yang bakal mereka perolehi sudah tentu tugasan yang diberikan oleh pihak sekolah merupakan ‘kejutan’.

Ini merupakan cabaran yang akan ditempuhi oleh GST apabila ditempatkan di sekolah. Oleh itu GST harus bersedia sama ada dari segi mental, emosi dan fisikal apabila ditempatkan di sekolah setelah menamatkan
latihan keguruan.


ARTIKEL 2
pautan: sila klik disini

Artikel ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI- SR) dalam menyediakan guru-guru pendidikan sejarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPG KPP).

Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan semua pelajar guru dapat menguasai semua kursus yang ditawarkan serta dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di bilik darjah semasa penilaian praktikum dijalankan.

Kajian mendapati semua pelajar menguasai kursus-kursus (input) yang disediakan berdasarkan prestasi pada subjek mereka (produk). Ini bermakna input yang diberikan oleh pensyarah berdasarkan kursus-kursus yang ditetapkan telah memastikan pelajar menguasai kandungan kursus dengan berkesan. Pelajar juga yakin bahawa Praktikum/latihan mengajar mereka turut dipengaruhi oleh input pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi semasa kuliah.

Kajian juga mendapati pelajar berjaya menguasai kemahiran praktikum (prestasi produk) kerana terdapat penguasaan ilmu dan keyakinan diri untuk mengajar sejarah ekoran bimbingan yang baik yang diterima (input) oleh mereka semasa Praktikum dan berdasarkan keputusan (produk) Praktikum pelajar.

Diharap agar satu kajian yang lebih menyeluruh dengan menggunakan keempat-empat konstruk serta memgambil kira semua IPGK yang menawarkan kursus DPLI-SR sejarah untuk melihat sejauh mana keberkesanan pelaksanaan program ini.


ARTIKEL 3
pautan: sila klik disini

Artikel ini adalah tentang kajian untuk mengkaji profil personaliti dan faktor pemilihan profesion perguruan di
kalangan pelajar kejuruteraan Fakulti Pendidikan UTM. Analisis deskriptif menunjukkan faktor utama
dalam pemilihan profesion perguruan adalah faktor minat, diikuti dengan faktor ganjaran dan
faktor dorongan.

Berdasarkan artikel ini, pengkaji dapat mengetahui adakah faktor seperti minat, dorongan atau ganjaran menjadi faktor pemilihan kerjaya perguruan di kalangan pelajar dan adakah pemilihan profesion perguruan di kalangan pelajar sinonim dengan profail personaliti yang ada dalam diri pelajar.

Kajian ini diharapkan dapat dijadikan sumber rujukan oleh Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia memilih kaedah mencari calon-calon guru. Kajian ini juga boleh digunakan sebagai rujukan universiti bagi menilai seorang pelajar semasa proses pengambilan pelajar baru dalam kursus pendidikan.

Hasil dapatan kajian ini juga diharapkan dapat membantu Fakulti Pendidikan UTM mengambil langkah yang wajar dalam proses pengambilan dan pemilihan bakal guru untuk melahirkan guru yang berdedikasi dan bertanggungjawab terhadap kerjaya guru.

Dapatan analisis kajian ini adalah berpadanan dengan dapatan kajian Norlia Melawi (2000) yang mendapati responden menyatakan bahawa gaji yang akan mereka perolehi bila menjadi guru bukanlah faktor yang mendorong pemilihan mereka terhadap kerjaya tersebut. Gaji yang tinggi sememangnya dapat diperolehi daripada kerjaya lain yang diceburi, tetapi jaminan masa hadapan dan kebajikan pekerja yang diterapkan dalam profesion perguruan menguatkan lagi faktor pemilihan berlandaskan faktor ganjaran responden memilih profesion perguruan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan