Rabu, 18 Jun 2014

ISU 5: LANGUAGE OF INSTRUCTION (BAHASA PENGANTAR)

ARTIKEL 1
pautan: sila klik disini

Artikel ini berkenaan untuk mendapatkan maklumat tentang kesediaan guru-guru Sains dan Matematik di sekolah-sekolah rendah di Kelantan terhadap perubahan bahasa pengantar mata pelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris.

Kajian ini meninjau beberapa aspek, iaitu kelayakan akademik guru, pengalaman mengajar Sains dan Matematik, latihan profesional yang dihadiri, kecekapan guru berbahasa Inggeris dalam aspek lisan dan tulisan, kemahiran guru menggunakan komputer dan ICT, dan kesediaan sekolah dari aspek prasarana. Kajian ini juga meninjau perbezaan kesediaan antara guru-guru yang ada latihan dengan guru yang tiada latihan untuk melaksanakan inovasi tersebut.

Dapatan kajian menunjukkan guru-guru terlibat mempunyai kelayakan yang mencukupi untuk mengajar Sains dan Matematik di sekolah rendah tetapi sebahagian besar daripada mereka berpencapaian rendah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lemah dalam aspek kecekapan lisan dan tulisan bahasa tersebut.

Kajian ini juga mendapati lebih daripada 60.0% guru tidak mempunyai latihan profesional dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan bidang komputer. Guru yang ada latihan profesional dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan komputer didapati lebih bersedia untuk melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris berbanding mereka yang tiada latihan tersebut.

Semua sekolah yang terlibat didapati telah dibekalkan prasarana asas untuk melaksanakan pengajaran
Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, tetapi sebahagian kecil peralatan masih tidak mencukupi.

Kesimpulannya, kajian ini merupakan satu kajian kecil yang terbatas dan merupakan gambaran awal 
terhadap kesediaan guru-guru dan sekolah untuk melaksanakan dasar baru yang pentingyang dianggap kerajaan sebagai satu keutamaan negara untuk menghadapi era globalisasi dan ke arah negara maju pada tahun 2020.


ARTIKEL 2
pautan: sila klik disini

Artikel ini membincangkan tentang kajian yang dijalankan bagi mengkaji permasalahan pembelajaran matematik dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar tingkatan dua di sekolah luar bandar. Terdapat beberapa faktor yang dibincangkan dalam kajian ini antaranya faktor bahasa pengantar, pengajaran guru dalam bahasa Inggeris, tahap penguasaan bahsa Inggeris pelajar serta persekitaran pengajaran dan pembelajaran.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor bahasa pengantar dan tahap penguasaan murid dalam bahasa Inggeris berada pada tahap yang rendah manakala faktor pengajaran guru serta persekitaran berada pada tahap yang tinggi.

Kesimpulannya, meskipun guru menggunakan strategi pembelajaran yang berkesan serta lengkap dengan infrastruktur dan persekitaran yang baik, ianya belum mencukupi untuk mengelakkan kewujudan permasalahan dalam pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris.



ARTIKEL 3
pautan: sila klik disini

Artikel ini berkaitan tentang beberapa kajian ilmiah yang telah dijalankan oleh beberapa ahli akademik yang menunjukkan perubahan bahasa pengantara dalam sesi P&P memberi kesan yang negatif terhadap pencapaian dan minat pelajar dalam pembelajaran. Pencapaian pelajar luar kaawasan bandar juga menunjukkan penurunan tahap pencapaian pelajar apabila dasar PPSMI diperkenalkan oleh kerajaan.

Pelbagai kekurangan dapat dilihat sewaktu tempoh pelaksanaan dasar PPSMI. Perubahan bahasa pengantar semasa sesi P&P amat mengganggu pelajar dalam mengikuti pembelajaran.

Kesimpulannya, langkah kerajaan untuk memansuhkan dasar PPSMI adalah tepat pada masanya berdasarkan pada kajian oleh pihak Kementerian Pelajaran dan IPTA menunjukkan dasar pelajaran tersebut akan memberi kesan negatif kepada pelajar untuk jangka masa panjang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan