Sabtu, 21 Jun 2014

ISU 9: CURRICULUM (KURIKULUM)

ARTIKEL 1
pautan: sila klik disini

Artikel ini berkenaan tentang kajian yang bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan yang timbul sepanjang pelaksanaan KSSR pada tahun 2011 dalam aspek penaakulan. Hasil temubual telah dianalisis dan dapatan kajian menunjukkan:-

i) Kesemua guru yang ditemu bual masih kurang jelas tentang konsep menaakul kerana mereka tidak dapat memberi definisi dan maksud menaakul dengan betul;
 ii) Kesemua guru tidak pasti apakah kaedah dan pendekatan yang perlu digunakan oleh mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha untuk menerapkan dan meningkatkan kemahiran
menaakul kepada murid-murid;
 iii) Kebanyakan guru menyatakan KSSR ini baik namun begitu penerangan yang lebih jelas dan terperinci perlu diberikan kepada semua guru apa yang sepatutnya dilaksanakan dari segi strategi pengajaran dan pentaksiran dalam usaha mencapai kemahiran 4M, iaitu menulis, membaca, mengira dan menaakul. Bagi kemahiran 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira tiada masalah yang timbul tapi bagi kemahiran menaakul, didapati guru-guru tidak pasti cara untuk menerap dan menentukan sejauh mana murid-murid
telah menguasai kemahiran tersebut;
 iv) Kebanyakan guru mengharapkan pendedahan dan kursus yang memfokuskan kemahiran menaakul diberi kepada guru-guru;
v) Hampir separuh guru menyatakan masa yang diperuntukkan untuk mengajar mata pelajaran Sains tidak
mencukupi memandangkan waktu Sains telah dipendekkan dari 3 waktu kepada 2 waktu seminggu kerana dalam subjek Dunia Sains dan Teknologi masa perlu diperuntukkan untuk mengajar penggunaan komputer kepada murid-murid.

Dapatan kajian ini menunjukkan dalam usaha mencapai matlamat KSSR guru-guru perlu didedahkan dengan kaedah dan pendekatan yang bersesuaian khususnya dalam usaha menerap dan mempertingkatkan kemahiran menaakul dalam kalangan murid-murid.


ARTIKEL 2
pautan: sila klik disini

Artikel ini berkaitan dengan kajian kerelevenan objektif Kurikulum Pendidikan Islam Politeknik dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Untuk tujuan keesahan dan kebolehpercayaan, pekali persetujuan
Kappa digunakan untuk menilai persetujuan dalam kalangan pakar.

Dapatan kajian menunjukkan terdapatnya kerelevenan antara item-item objektif Pendidikan Islam Politeknik
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini menunjukkan Kurikulum Pendidikan Islam Politeknik tidak tersimpang dari Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun beberapa cadangan dibincangkan dalam artikel ini hasil dari dapatan kajian untuk memastikan Kurikulum Pendidikan Islam Politeknik memenuhi tuntutan semasa.

Kesimpulannya, kerelevanan kurikulum pendidikan Islam politeknik dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menunjukkan Kurikulum Pendidikan Islam Politeknik merupakan satu manifestasi bahawa proses implementasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan sedang berjalan di Politeknik-Politeknik Malaysia.

Justeru, kesemua elemen-elemen penting yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan sememangnya telah diberi penekanan yang sewajarnya dalam kurikulum Pendidikan Islam Politeknik. Dengan kata lain, matlamat kurikulum Pendidikan Islam Politeknik adalah menuju kepada aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


ARTIKEL 3
pautan: sila klik disini

Artikel ini membincangkan tentang penilaian kurikulum bagi program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Matematik (SPM) dan Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Sains (SPN) yang ditawarkan di Universiti Teknologi Malaysia.

Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, menunjukkan masih banyak usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan perkhidmatan dan menjadikan program yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia lebih memuaskan pelajar.

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada banyak faktor antaranya faktor guru, pelajar, keadaan fizikal dan bilik darjah. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan keadaan pembelajaran di Fakulti Pendidikan sentiasa terpelihara dan selesa untuk kegunaan pelajar dan pensyarah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan